tag:blogger.com,1999:blog-29635363322729169322024-03-26T17:03:16.830+08:00Alumni SMK BelitongAnonymoushttp://www.blogger.com/profile/14728570194656778856noreply@blogger.comBlogger59125tag:blogger.com,1999:blog-2963536332272916932.post-35746208132304963422015-04-26T17:00:00.000+08:002015-04-26T17:00:06.834+08:00Petua Menghalau Lipas Di Rumah Secara Semulajadi

Lipas merupakan serangga yang di katakan ramai yang tidak mengemarinya. Jom ketahui petua halau lipas dari rumah anda.

Lipas, salah satu binatang yang mengelikan dan selalunya ia akan dipukul menggunakan penyapu, selipar dan sebagainya sehingga mati. Tahukan anda, jika binatang ini dipukul akan mendatangkan keburukan yang mana puncanya berada di bahagian isi perut lipas.

Perut lipas mengandungi cacing halus dan lembut yang akan hidup meskipun di luar daripada tubuh lipas. Bila cacing ini berada luar daripada tubuh lipas, dia akan mencari tempat baru. Cacing ini bersaiz pendek dan dapat dilihat melalui mata kasar pada jarak 10-20 cm.

Anda tidak percaya! Ia boleh dibuktikan melalui kaedah ini dengan cara meletakkan isi perut lipas di atas kertas hitam atau cermin dan anda dapat lihat cacing yang keluar dari perut lipas yang meronta-ronta mencari tempat baru.

Sangat bahaya, jika cacing ini memasuki kulit tubuh kita terutama kaki kerana dapat masuk melalui pori-pori kulit atau bila ada luka terbuka. Anda ingin tahu petua untuk menghalau lipas di dapur atau ruang tamu anda. Jom ketahuinya!

(a) Ambil sebuku sabun mandi dan potong kecil. Kemudian letakkan ketulan kecil sabun ini di setiap kawasan yang mempunyai lipas. Biarkan sahaja dan lihat hasilnya.

(b) Potong dan letakkan hirisan lemon di kawasan yang ada lipas dan lipas akan bertempiaran lari. Selepas beberapa hari apabila lemon sudah kering, gantikan dengan lemon yang baru.

(c) Ambil hujung timun atau pangkalnya dan letakkan di tempat yang ada banyak lipas. Kemudian lihat lipas akan mati.

(d) Ambil beberapa biji buah pelaga dan letakkan di tempat lipas membiak.

(e) Kalau terlalu banyak sangat lipas, sediakan ubi kentang yang direbus dan dilecek dicampurkan bersama serbuk penaik dan gaul. Buat seperti begedel dan letak di tempat banyak lipas.

(f) Letakkan hirisan daun pandan di dalam uncang tebuk uncang itu, kemudian letakkan di dalam laci atau di tempat pembiakan lipas.

Anonymoushttp://www.blogger.com/profile/14728570194656778856noreply@blogger.com2tag:blogger.com,1999:blog-2963536332272916932.post-78275515022748776482015-04-26T15:11:00.001+08:002015-04-26T15:34:35.268+08:00Utamakan Kebersihan Identiti Umat Islam

Islam amat mementingkan soal kebersihan dan kecantikan diri.
Penampilan diri yang bersih dan cantik mencerminkan jiwa serta cara
hidup seseorang. Sabda Rasulullah SAW bermaksud: “Sesungguhnya Allah itu
cantik dan suka akan kecantikan.” - (Hadis riwayat Muslim).

Rasulullah SAW diketahui sebagai Nabi yang amat mengambil berat
soal kebersihan diri. Malah, diriwayatkan Rasulullah SAW tidak pernah
tidur malam atau siang hari, kecuali baginda menggosok gigi terlebih
dulu. Baginda juga menggosok gigi sekali lagi apabila bangun daripada
tidur.

Rasulullah SAW juga sentiasa memakai haruman setiap kali keluar rumah.
Haruman dipakai Baginda SAW membolehkan orang berada di sekeliling
sedar kedatangan Rasulullah SAW biarpun belum melihat siapa yang datang
itu. Boleh dirumuskan yang kebiasaan menghias diri adalah sebahagian
daripada fitrah manusia.

Sabda Rasulullah SAW diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim
yang bermaksud: “Lima amalan daripada fitrah itu ialah mencukur bulu di
bahagian kemaluan, berkhatan, menggunting misai, mencabut bulu ketiak
dan mengerat kuku.”

Imam Malik dalam kitabnya al-Muwattal menulis Rasulullah SAW amat
mengambil berat soal penampilan diri sehingga menegur seorang lelaki
yang rambut dan janggutnya dalam keadaan tidak terurus.

Kisahnya, ketika Rasulullah SAW berada di dalam masjid, masuk
seorang lelaki dengan janggut yang tidak terurus dan rambut kusut.
Rasulullah SAW menunjukkan isyarat tangan agar lelaki tersebut
memperelokkan janggut dan rambutnya.

Lalu lelaki berkenaan beredar dan seketika kemudian masuk semula
ke dalam masjid dalam keadaan janggut dan rambutnya lebih terurus
berbanding sebelum itu. Melihat perubahan itu, Rasulullah SAW memuji
lelaki itu dan menyatakan keadaan lelaki itu sebelum menguruskan diri
diumpamakan seperti syaitan.

Selain kebersihan diri, kita juga perlu menjaga kebersihan
persekitaran. Perkara ini mencerminkan identiti orang Islam yang
cintakan kebersihan, membezakan dengan penganut agama lain.

Sabda Rasulullah SAW bermaksud: “Bahawasanya Allah itu Maha Baik
amat menyukai kebersihan dan kesucian, Allah itu Maha Pemurah amat
menyukai sifat dermawan dan murah hati. Oleh itu, hendaklah kamu
bersihkan halaman rumah kamu dan kawasan sekelilingnya dan janganlah
kamu menyerupai sikap dan perangai orang Yahudi yang suka mengumpul tahi
binatang di halaman rumah mereka.” (Hadis riwayat Tirmizi).

Malangnya, umat Islam sekarang tidak mengambil berat soal
kebersihan. Perbuatan itu jauh sama sekali daripada ajaran Islam yang
mementingkan kebersihan rohani dan jasmani. Mereka yang tidak
mementingkan aspek kebersihan sebenarnya menolak janji Allah SWT yang
menyediakan balasan pahala kepada hamba-Nya yang menjaga kebersihan.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Jagalah kebersihan dengan
segala yang dapat kamu lakukan kerana Allah mendirikan Islam di atas
kebersihan dan tidak masuk syurga kecuali orang yang menjaga
kebersihan.” (Hadis riwayat Tabrani).

Menjaga kebersihan termasuk dalam usaha menjaga kesihatan dan
menghindar penyakit. Banyak penyakit berpunca daripada diri dan
persekitaran yang tidak bersih.

Individu yang lemah dan berpenyakit menghadapi masalah untuk
menjalani kehidupan seharian. Untuk mengelak keadaan itu, Islam memberi
fokus agar umatnya sentiasa sihat dan kuat.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Orang mukmin yang kuat
lebih baik dan disukai oleh Allah daripada orang mukmin yang lemah.”
(Hadis Riwayat Muslim)

Maka itu, marilah kita mengutamakan kebersihan dan penampilan diri
agar berada dalam keadaan sihat. Kita disarankan agar sentiasa memohon
kepada Allah SWT agar dikurniakan kesejahteraan dan kesihatan yang
baik.

Sabda Nabi SAW yang bermaksud: “Mintalah kepada Allah kesihatan
dan kesejahteraan kerana sesungguhnya tidak ada perkara yang lebih baik
dari kesihatan selepas keyakinan (iman).” (Hadis riwayat Ibnu Majah) - Berita Harian

Anonymoushttp://www.blogger.com/profile/14728570194656778856noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-2963536332272916932.post-24896341357199650112015-01-04T23:05:00.000+08:002015-01-04T23:05:12.600+08:00Bonus Kakitangan Awam Johor Mula Dibayar Esok

Penjawat awam negeri Johor tetap menerima bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM500 mulai esok, kata Setiausaha Kerajaan Johor, Datuk Ismail Karim.

Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai surat pekeliling yang diedarkan secara meluas melalui aplikasi Whatsapp.

Bagaimanapun, Ismail mengesahkan pegawai awam persekutuan yang ditempatkan di kerajaan negeri, akan mengalami sedikit kelewatan dalam pembayaran bonus.

"Memang ada terima surat itu. Ia daripada Jabatan Akauntan Negara.

"Bagaimanapun, ia merujuk kepada pembayaran bonus pegawai awam persekutuan yang ditempatkan di negeri.

"Kelewatan adalah disebabkan masalah teknikal," kata beliau ketika dihubungi Bernama, malam ini.

Surat yang bertarikh hari ini (4 Januari) menyebut mengenai tarikh pembayaran imbuhan tahunan dan bayaran khas prestasi tahunan 2014 telah ditunda kepada satu tarikh yang akan diberitahu kelak.

Sumber

Anonymoushttp://www.blogger.com/profile/14728570194656778856noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-2963536332272916932.post-86918145805170384332014-12-19T23:01:00.000+08:002014-12-19T23:01:01.822+08:00Mampukah Harimau Malaya Bergelar Juara Piala AFF Suzuki 2014

SKUAD Harimau Malaya yang berdepan tugas berat di
Stadium Nasional Bukit Jalil malam esok, akan tampil dengan misi memburu
gol awal bagi membakar semangat pemain untuk menewaskan Thailand pada
perlawanan akhir kedua Piala AFF Suzuki 2014.

Malaysia perlu menjaringkan sekurang-kurangnya tiga gol tanpa balas
untuk menang ke atas Thailand, selepas tewas 0-2 pada aksi final pertama
di Bangkok, Rabu lepas.

Pengendali skuad Harimau Malaya, Dollah Salleh berkata, gol awal itu
akan meningkatkan keyakinan pemain dan menyemarakkan lagi sokongan padu
penyokong Harimau Malaya.

"Kita kena bagi yang terbaik, yang penting, kita perlu dapatkan gol
awal," katanya ketika ditemui pemberita selepas sesi latihan skuad
Harimau Malaya di venue berkenaan, hari ini.

Beliau yang berpuas hati dengan keadaan padang Stadium Nasional Bukit
Jalil bagaimanapun amat mengharapkan tidak hujan ketika aksi malam esok,
kerana ia boleh menjejaskan rentak permainan.

"Ada sesetengah tempat rumputnya matang dan ada rumput yang tercabut.
Saya bimbang hujan pada malam esok akan menjejaskan peluang kita untuk
menjaringkan gol," katanya.

Dalam pada itu, Dollah meminta barisan pertahanan skuad negara merantai
bahagian tengah Thailand yang diketuai pemain lincah, Chanathip
Songkrasin yang sering bergerak pantas ketika pasukan itu melakukan
serangan.

"Kekuatan mereka di bahagian tengah dan saya juga tahu kelemahan mereka," katanya. - Bernama

Anonymoushttp://www.blogger.com/profile/14728570194656778856noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-2963536332272916932.post-91833070918350584672014-12-18T23:07:00.003+08:002015-04-26T15:04:39.747+08:00Skim Perkeso Untuk Penjawat Awam Kontrak Di Johor

Johor muncul sebagai negeri pertama yang memperluas perlindungan skim Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) kepada penjawat awam bertaraf kontrak dan sementara, sejak ia dilaksanakan tahun lepas.

Setiausaha Kerajaan Negeri Johor, Datuk Ismail Karim berkata, sehingga kini, seramai 7,000 penjawat awam kontrak dan sementara melibatkan 92 agensi perkhidmatan awam di negeri ini sudah berdaftar sebagai pencarum.

"Perluasan perlindungan keselamatan sosial ini mencerminkan kepekaan kerajaan negeri terhadap kebajikan golongan berkenaan supaya sentiasa terbela.

"Malang tidak berbau dan tidak dapat dijangka, namun, apa yang boleh kita lakukan ialah persediaan terhadap sebarang kemungkinan tersebut," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis perluasan liputan Perkeso ke atas penjawat awam kerajaan Johor dan persekutuan bertaraf kontrak dan sementara di sini, Khamis.

Ismail berkata, pelbagai faedah diperolehi golongan berkenaan menerusi perlindungan itu termasuk kelayakan pemeriksaan kesihatan percuma mulai tahun depan bagi mengesan penyakit tidak berjangkit bagi mereka yang mencapai umur 40 tahun.

Pada majlis itu, beliau turut menyerahkan cek pembayaran caruman berjumlah RM2.15 juta bagi pihak kerajaan negeri kepada Perkeso sebagai bayaran caruman dari semua agensi awam negeri dan persekutuan di negeri ini.

Sementara itu, Timbalan Ketua Eksekutif (Operasi) Perkeso Datuk Dr Mohammed Azman Aziz Mohamed berkata, pihaknya komited dengan perluasan perlindungan itu demi kesejahteraan penjawat awam.

Perkeso yang ditubuhkan sejak 43 tahun lepas akan terus meningkatkan pelbagai inisiatif demi menjamin landskap perlindungan keselamatan sosial terhadap pekerja negara ini, katanya.

Sumber

Anonymoushttp://www.blogger.com/profile/14728570194656778856noreply@blogger.com1tag:blogger.com,1999:blog-2963536332272916932.post-10771392948668200542014-12-16T21:59:00.000+08:002015-04-26T15:04:26.387+08:00Ibu Bapa Mula Bosan Bila Anak Kecil Kemaruk Nyanyi Lagu 'Let It Go'

Pengarah filem animasi Frozen memohon maaf kepada ibu bapa di seluruh dunia yang berasa bosan dengan anak-anak mereka yang sering menyanyikan lagu tema filem itu, 'Let It Go'.

Jennifer Lee membuat permohonan maaf itu kepada ibu bapa yang tidak dapat menghentikan kesukaan anak-anak mereka yang terus menyanyikan lagu berkenaan.

Beliau yang memberitahu berita hiburan Hollywood Reporter: "Setahun lalu saya berjumpa dengan mereka yang mengetahui siapa saya, dan mereka berkata 'Oh, kami sukakan lagu itu. Kami menyanyikannya sepanjang masa'. Sekarang mereka pula berkata, 'Ye, kami masih mendengar lagu itu'."

"Dari ungkapan 'Terima Kasih'... saya sekarang perlu berkata 'Maaf!"

Lagu 'Let It Go' bukan sahaja dinyanyikan kebanyakan kanak-kanak di seluruh dunia, bahkan turut dinyanyikan oleh seorang pengantin lelaki kepada pengantin perempuannya dalam satu majlis perkahwinan.

Malah segelintir ibu bapa turut terhibur menyanyikan lagu tersebut, seperti bapa yang menyanyikannya secara duet bersama anak perempuannya di dalam kereta.

Kegilaan filem Frozen nampaknya tidak berakhir dalam waktu terdekat apabila kanak-kanak lebih teruja melihat Elsa, watak utama filem itu berbanding Kate Middleton.

Permainan bertemakan Frozen untuk hadiah Hari Krismas turut laris dijual.

Lagu 'Let It Go' dinyanyikan oleh Idina Menzel, yang membawakan watak puteri salji Elsa, dan memenangi anugerah Oscar untuk 'Lagu Original Terbaik'.

Ia juga menduduki carta nombor satu di Korea Selatan dan mendapat pengiktirafan Platinum di Australia, Kanada, Jepun, United Kingdom dan Amerika Syarikat.

Anonymoushttp://www.blogger.com/profile/14728570194656778856noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-2963536332272916932.post-55662895698131959782014-12-15T22:41:00.003+08:002015-04-26T15:04:06.403+08:00Pembantu Rumah Bagi Anak Majikan Makan Tahi

Seorang ahli perniagaan wanita dikejutkan dengan tindakan pembantu rumah warga Indonesianya yang didakwa mungkin memberi makan najis kepada cucu lelakinya berusia dua tahun selepas menyedari bau busuk dari mulut kanak-kanak itu.

Timbalan Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Superitendan Tan Ah Chua berkata, ahli perniagaan wanita berusia 48 tahun itu baharu sahaja tiba di rumah teres dua tingkat di USJ pada pukul 8 malam Khamis lalu apabila mengesan bau busuk yang mencurigakan dari cucu lelakinya.

"Dia kesan terdapat bau busuk di sebalik mulut cucu lelakinya.

"Kemudiannya dia mendapati terdapat serpihan menyerupai najis terlekat di antara gigi kanak-kanak itu," katanya pada Isnin.

Tan berkata, wanita itu bertanyakan kepada kanak-kanak berkenaan mengenai serpihan tersebut dan terkejut apabila diberitahu bahawa pembantu rumah yang dipanggil "bibik" telah memberinya makan najis.

"Kanak-kanak itu diberi najis untuk makan di tandas di tingkat atas.

"Wanita turut berkata bahawa cucunya itu telah muntah kerana baunya seperti najis," katanya.

Tan berkata, polis sedang menahan pembantu rumah itu, yang telah dihantar kembali ke agensinya, untuk membantu siasatan.

Menurutnya, pembantu rumah telah bekerja dengan keluarga tersebut selama tiga bulan.

Kes itu diklasifikasikan sebagai penderaan kanak-kanak di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2011, yang membawa hukuman penjara sehingga 10 tahun dan denda tidak melebihi RM20,000.

Anonymoushttp://www.blogger.com/profile/14728570194656778856noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-2963536332272916932.post-21445943328750288262014-12-15T10:00:00.000+08:002014-12-15T10:00:01.009+08:00Pastikan Kontraktor Berdaftar Sebelum Ubahsuai Rumah

Membeli rumah baru tanpa membuat pengubahsuaian seperti tidak lengkap memilikinya memandangkan rumah yang siap dibina hanya mempunyai ciri asas dan pembeli perlu mengeluarkan wang poket sendiri untuk melengkapkannya.

Antara perkara pengubahsuaian biasa termasuk pemasangan jeriji tinggi, pagar, mempeluaskan dan menambah aksesori dapur, pendawaian elektrik dan sistem saluran paip.

Perkara yang disebutkan itu biasa dilakukan oleh pembeli dan ia membabitkan tenaga kerja ketiga iaitu kontraktor pengubahsuaian.

Kontraktor pengubahsuaian memainkan peranan penting bagi memastikan tatahias rumah dibeli tampak sempurna yang meliputi kekemasan, keselamatan dan cantik apabila ia disiapkan kelak.

Berdasarkan statistik Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (NAPIC) di bawah Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) menganggarkan RM2.2 bilion kerja ubah suai rumah kediaman pada 2012 yang bernilai kurang daripada RM500,000 setiap satu.

Laporan itu mendapati anggaran konservatif kerja ubah suai berjumlah 50,000 unit setahun dengan kos purata RM50,000 setiap satu.

Angka itu menunjukkan kos pengubahsuaian adalah tinggi dan pemilihan kontraktor penting bagi memastikan proses menyiapkannya tidak mengalami masalah terutama membabitkan kecacatan atau kontraktor lesap selepas menerima wang pendahuluan atau sebagainya.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, disebabkan masyarakat umum masih tidak sedar mengenai peruntukan undang-undang bagi mengambil kontraktor yang berdaftar dengan CIDB, 92 peratus daripada semua pekerja ubah suai adalah dari kalangan tidak berdaftar dan 67 peratus membabitkan pekerja asing.

Beliau berkata, perkara itu menimbulkan pelbagai pertikaian di dalam kerja ubah suai terutama kualiti kerja yang rendah dan tidak sempurna serta kontraktor lari tanpa menyiapkan projek berkenaan.

“Jika dilihat pada statistik Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM) antara 2012 hingga 2013, sebanyak 527 kes pertikaian kerja ubah suai kediaman membabitkan nilai tuntutan RM5.9 juta dirujuk kepada tribunal itu.

“Namun, kes ini terhad kepada tuntutan membabitkan kerja ubahsuai kediaman tidak lebih RM25,000. Daripada 356 kes tuntutan membabitkan kerja uabhsuai kediaman yang dibawa TTPM pada 2011, hanya 56 kes membabitkan kontraktor berdaftar,” katanya.

Katanya lagi, jika orang ramai masih mementingkan kos rendah ditawarkan warga asing untuk melakukan kerja ubah suai kediaman, maka mereka berpotensi untuk berdepan dengan pelbagai risiko antaranya kerugian dari aspek kualiti dan kewangan.

Sumber

Anonymoushttp://www.blogger.com/profile/14728570194656778856noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-2963536332272916932.post-58705531567795492752014-12-14T22:41:00.000+08:002015-04-26T15:04:55.173+08:00Bapa Kejam Bunuh Anak Dalam Mesin Basuh

Seorang bapa dikesan memasukkan anak lelakinya ke dalam mesin basuh serta memutar kanak-kanak itu sehingga mati.

Dalam kejadian itu, suspek, Joseph, 28, didakwa telah membunuh anaknya, Koda Blocker, 4, menggunakan mesin di rumah mereka dekat Garland, Texas.

Pembunuhan itu disedari apabila suspek menghubungi pasukan paramedik untuk meminta bantuan berikutan keadaan anaknya yang tidak sedarkan diri.

Bagaimanapun, siasatan polis mengesan mangsa telah dibunuh dan bukan terjatuh ke dalam mesin basuh.

"Mesin basuh itu bukan jenis automatik dan pintunya juga tidak tertutup secara automatik. Oleh itu, mangsa dipercayai telah dibawa masuk ke dalam mesin basuh oleh suspek yang kemudian menghidupkan mesin berkenaan," jelas polis.

Berikutan itu, polis menahan Joseph untuk siasatan lanjut. Siasatan terhadap mayat bayi itu mendapati, kematian berpunca daripada kecederaan parah akibat diputar di dalam mesin basuh.

Anonymoushttp://www.blogger.com/profile/14728570194656778856noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-2963536332272916932.post-57147652530248546992014-05-03T22:11:00.000+08:002014-05-03T22:11:10.002+08:00Petua Tambat Hati Suami Dengan Sambal Belacan

Ramai yang bertambah selera menikmati hidangan apabila menu berlauk dihidangkan sekali dengan sambal belacan kegemaran semua. Tetapi bukan mudah untuk membuat sambal belacan yang istimewa dan benar-benar sedap!

Admin yakin dan percaya, ramai dari kita terutamanya orang perempuan yang sudah berkahwin masih gagal menyediakan hidangan sambal belancan yang sedap.

Oleh itu dengan adanya petua bagimana hendak menghasilkan satu hidangan sambal belacan yang sedap, diharap ia dapat membantu anda supaya sambal belacan yang dibuat itu tidak lagi dipandang sepi dan terbiar di atas meja makan tanpa seorang pun yang merasainya.

Bukan apa.. Tengok pun seram apa lagi nak rasa..

Tumbuk atau kisar cili merah, cili padi (ikut suka pedasnya) hingga lumat. Menurut petua lama, jumlah cili adalah mengikut nombor ganjil seperti 5,7,9 dan 11 tangkai.

Kemudian, bakar atau goreng belacan (di dalam sedikit minyak), baru dimasukkan ke dalam cili tadi. Gula pasir dan garam boleh dimasukkan sekali. Tumbuk lagi.

Ada tiga pilihan asam yang boleh anda sediakan. Pertama asam jawa. Untuk menggunakan asam jawa, pastikan bahan itu diperah dengan air masak, biar pekat. Pilihan yang kedua adalah dengan menggunakan hirisan tomato atau mempelam masam, caranya dengan tumbuk kasar bersama cili. Akhir sekali adalah jus limau nipis atau limau kasturi dan lain-lain.

Namun perlu diingatkan bahawa sambal belacan yang sedap sangat bergantung kepada orang yang memakannya. Ini kerana kita mempunyai tahap ketahanan pedas yang berbeza. Ada orang yang ldiahnya sangat peka, sedikit cili sudah cukup pedas dan ada yang sebaliknya. Jadi, sambal yang sedap adalah daripada pengalaman diri sendiri yang menyediakannya atau yang dimakan di rumah orang. Yang penting, imbangi manis, masin dan masam.

Anonymoushttp://www.blogger.com/profile/14728570194656778856noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-2963536332272916932.post-23965387787752891162014-04-28T23:21:00.001+08:002015-04-26T15:10:53.259+08:00Wajib Baca! Petua Mendapatkan Anak Lelaki

Admin: Artikel wajib baca yang admin ulang siar di bawah ini, ditujukan khas kepada pasangan baru berkahwin yang inginkan anak lelaki sebagai anak pertama dan ditujukan juga kepada pasangan suami isteri yang sudah lama berkahwin, tetapi inginkan anak lelaki kerana sudah ramai anak perempuan.

Berikut adalah beberapa amalan atau panduan yang menggabungkan kaedah saintifik dan juga tradisional dalam mendapatkan anak lelaki. Namun, perlu diingatkan bagi penganut agama islam, mereka tidak boleh terlalu yakin dan percaya 100% kerana segalanya boleh berubah dengan keizinan Allah SWT. Sebagai manusia, kita hanya merancang, Allah SWT yang menentukan. Antara yang perlu dilakukan adalah seperi berikut:

Elakkan pengambilan makanan berasid

Jauhkan makanan yang berasid seperti buah-buahan limau, nanas, mangga, cuka, minuman gas selama dua bulan sebelum mencuba. Makanan laut adalah digalakkan, zat-zat logam kalsium dan magnesium juga diperlukan.

Disyorkan memakan makanan yang mengandungi lebih daging merah, makanan laut, buah-buahan dan juga makanan bergaram (bersodium)

Hubungan intim waktu subur

Persetubuhan dilakukan pada waktu subur, iaitu seawal 24 jam sebelum ovulasi atau sekurang-kurangnya 12 jam selepas tempoh itu.Kehadiran lendiri serviks yang kurang ebrasid dan keadaannya yang licin dapat membantu kromosom Y untuk sampai ke ovum dengan lebih cepat.

Cecair bertukar alkali

Menukar cecair faraj kepada alkali dengan melakukan douchingatau membasuh dalaman faraj dengan sejenis alat khas.20 ml air bikarbonat dimasukkan ke dalam faraj lebih kurang dua jam sebelum melakukan persetubuhan. Cecair bikarbonat (sodium bicarbonate) ini boleh dibeli di farmasi.

Posisi persetubuhan

Kedudukan suami di posisi atas dan isteri di posisi bawah semasa persetubuhan. Pastikan pancutan air mani jauh ke dalam faraj isteri. Ini membolehkan kromosom Y lebih agresif dan sperma bergerak pantas untuk bersenyawa dengan telur. Isteri perlu mencapai tahap kepuasan yang tinggi kerana cecair beralkali dihasilkan apabila isteri mendapat kepuasan semasa persetubuhan. Keadaan yang beralkali itu akan merangsang pergerakan kromosom Y.

Selamat mencuba!

Sumber asal: Mingguan Wanita

Anonymoushttp://www.blogger.com/profile/14728570194656778856noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-2963536332272916932.post-68302849291612742932014-04-28T22:18:00.000+08:002014-04-28T22:18:54.779+08:00Foto: Warga Alumni Anjur Program Ceramah Kerjaya di SMK LKTP Belitong

Admin: Mungkin ramai yang tidak tahu atau tidak ingat bila program ceramah kerjaya ini berlaku. Kalau tidak silap admin program tersebut dijayakan pada akhir tahun 2012 di Sekolah Menengah Kebangsaan LKTP Belitong.

Yang menariknya tentang program kerjaya ini ialah bukan disebabkan Cikgu Matematiknya yang cantik tapi program ini telah dikelolakan oleh salah seorang dari warga Alumni SMK Belitong sendiri iaitu saudara Muhammad Rizal Masruddin.

Walau sudah hampir dua tahun program ini berlalu, masih belum terlambat untuk kita mengucapkan tahniah kepada anak muda ini. Admin berharap, usaha murni ini dapat memberi inspirasi kepada warga Alumni SMK Belitong yang lain untuk menyumbang khidmat bakti pada sekolah yang kita cintai.

Sumber Foto: Alumni SMK Belitong FB Group

Anonymoushttp://www.blogger.com/profile/14728570194656778856noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-2963536332272916932.post-85541254803511896712014-04-27T22:51:00.000+08:002014-04-27T22:52:27.831+08:00Foto: Tempat Jatuh Lagi Dikenang, Inikan Pula Tempat Belajar

Pelajar 5 Amal Sesi 2000

Barisan Pengawas SMK LKTP Belitong Sesi 1998

Pelajar 5 Amal Sesi 1999

Admin: Biar gambar berbicara. Kepada rakan-rakan Alumni SMK Belitong yang masih lagi menyimpan foto-foto lama masa zaman persekolahan dulu harap dapat dikirimkan pada admin supaya dapat disiarkan melalui blog ini.

Anonymoushttp://www.blogger.com/profile/14728570194656778856noreply@blogger.com2tag:blogger.com,1999:blog-2963536332272916932.post-58792813236752702972014-04-27T21:49:00.000+08:002014-04-27T21:49:02.657+08:00Wanita Jepun Makan Ikan Mentah Untuk Panjang Hayat

Admin: Wah! Ini lagi satu petua bagus untuk diamalkan oleh kaum wanita yang ingin miliki hayat panjang. Walaupun ajal dan maut itu semua ketentuan Tuhan, namun tak salah sekiranya kita mencuba dan berusaha, mudah-mudahan dengan niat yang baik umur kita dipanjangkan supaya dapat membuat lebih banyak amal semasa hidup.

London: Amalan pemakanan yang kaya dengan ikan mentah serta teh hijau
dikatakan membantu memanjangkan hayat wanita Jepun berbanding wanita
Britain, kata satu kajian terbaharu.

Berbanding wanita Barat
yang memilih produk tenusu dan roti dalam diet mereka, wanita Jepun
hidup lebih lama dengan purata jangka hayat mereka adalah 86.4 tahun
berbanding wanita British yang mempunyai purata hayat 82.7 tahun.

Kajian oleh pejabat statistik kebangsaan mendapati ada kecenderungan
jangka hayat wanita United Kingdom itu boleh dipanjangkan sekiranya
mereka turut mengamalkan cara hidup yang sama seperti wanita Asia, lapor
The Times.

Diet penduduk Jepun biasanya lebih kaya dengan bijirin penuh,
sayur-sayuran dan soya, malah wanita Jepun juga mengambil sekitar 25
peratus kalori kurang berbanding wanita British”

Diet penduduk Jepun biasanya lebih kaya dengan bijirin penuh,
sayur-sayuran dan soya, malah wanita Jepun juga mengambil sekitar 25
peratus kalori kurang berbanding wanita British.

Makan sedikit

Mereka menikmati purata tiga hidangan ikan seminggu dengan saiz hidangan yang lebih kecil.

Malah, penggunaan kayu penyepit (chopstick) juga dikatakan akan
memperlahankan proses makan, memberikan lebih masa kepada badan untuk
menyedari jumlah hidangan yang diambil menjadikan mereka akan kurang
makan.

Berdasarkan jadual pemakanan, lelaki Jepun mempunyai purata hayat
sehingga 79.9 tahun, berbanding purata hayat lelaki British sekitar 78.9
tahun.

Saintis mendakwa bahawa pengambilan teh hijau mampu untuk
meningkatkan beberapa fungsi kognitif terutama memori bekerja manusia.

Kajian terbaru juga mendapati teh hijau boleh digunakan sebagai rawatan dalam demensia atau penyakit psikiatri lain.

Pakar dari Universiti Basel mendapati ekstrak teh hijau meningkatkan
keberkesanan kognitif otak yang penting dalam meningkatkan tugasan
ingatan bagi seseorang penggunanya. - AGENSI

Anonymoushttp://www.blogger.com/profile/14728570194656778856noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-2963536332272916932.post-57569849988440314222014-04-27T02:52:00.000+08:002014-04-27T02:52:16.852+08:00Selamat Pengantin Baru Buat Norazlan & Suzy

Perkahwinan merupakan satu perkara yang amat dituntut dalam Islam. Tahniah kepada kedua pasangan mempelai, Norazlan dan Suzy kerana berjaya memenuhi tuntutan ini pada 25 April 2014 yang lepas.

Pihak Alumni SMK Belitong mendoakan agar 'masjid' yang dibina ini terus kekal kukuh sampai bila-bila dan bilangan 'jemaah' akan bertambah dari masa ke semasa.

Admin: Terima kasih juga diucapkan kepada kengkawan dari grup WhatApp TFY2000 yang menyalurkan info ini kepada pihak admin blog Alumni SMK Belitong. Anonymoushttp://www.blogger.com/profile/14728570194656778856noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-2963536332272916932.post-75517609060486710512014-04-27T00:24:00.001+08:002014-04-27T00:24:59.989+08:00Majlis Perjumpaan Bekas Pelajar SMK Belitong Sesi 2000 Yang Bersejarah

Pada tanggal 26 Oktober 2013 yang lepas telah berlangsung satu majlis perjumpaan bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan LKTP Belitong bagi sesi tahun 2000 yang berlokasi di sebuah restoran yang terletak di Kluang, Johor.

Majlis perjumpaan tersebut juga turut disertai oleh 10 buah keluarga bekas pelajar pelajar SMK Belitong berlangsung dengan meriah dan santai.

Perjumpaan ini telah dirancang hampir dua bulan sebelum ia menjadi kenyataan. Walaupun terdapat bekas pelajar yang menarik diri di saat akhir kerana ada komitmen yang lain, namun majlis yang dirancang berkakhir dengan jayanya di Dataran Kluang.

Semoga dengan perjumpaan seperti ini dapat menjadi perintis kepada bekas-bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan LKTP Belitong yang berlainan sesi mengadakan lebih banyak aktiviti perjumpaan supaya dapat mengeratkan lagi hubungan silaturrahim sesama kita.

Admin: Maaf kepada kengkawan kerana cerita pasal majlis reunion ini lambat keluar...hehehehe

Lagi foto-foto menarik..klil sini

Anonymoushttp://www.blogger.com/profile/14728570194656778856noreply@blogger.com7tag:blogger.com,1999:blog-2963536332272916932.post-87547549734753677092014-04-26T17:03:00.000+08:002014-04-26T17:03:18.101+08:00Panduan Yang Perlu Difahami Sebelum Membuat Pinjaman Peribadi

Perlu tahu kemampuan membuat bayaran semula, kadar faedah rendah

TIDAK dinafikan, untuk menjadi pengguna yang berhemah dan bebas
hutang, melakukan pinjaman peribadi tidak digalakkan kerana ia bakal
membawa kepada kancah hutang yang lebih besar.

Banyak penasihat kewangan tidak menggalakkan kita untuk melakukan
pinjaman peribadi, namun dalam realiti dunia sebenar, mahu atau tidak,
ada ketikanya kita perlu melakukan pinjaman peribadi atas faktor yang
tidak dapat dielakkan.

Melalui pemerhatian, tidak salah rasanya jika ingin melakukan
pinjaman peribadi. Apa yang penting adalah komitmen anda membayar semula
pinjaman setiap bulan.

Jika anda seorang yang berdisiplin dalam melakukan pembayaran
semula hutang setiap bulan, tidak salah rasanya jika melakukan pinjaman
peribadi.

Tanya dulu diri anda sebelum melakukan pinjaman peribadi, adakah
anda bersedia dengan bebanan hutang dan apakah yang perlu anda tahu
sebelum memohon pinjaman peribadi. Ditambah pula dengan lambakan
institusi perbankan yang berlumba-lumba mencari pelanggan dan memberikan
keistimewaan kepada anda untuk melakukan pinjaman dengan mereka.

Tawaran yang terbaik adalah penting, perlu masa untuk mencari
institusi perbankan yang menawarkan kadar faedah bayaran semula yang
rendah.

Sebelum anda membuat pilihan, ketahui dulu beberapa petua yang
perlu diberi perhatian. Banyak pinjaman peribadi mengenakan syarat
kelayakan yang ketat. Antaranya:

* Umur melebihi 21 tahun (ini berbeza mengikut bank - sesetengah bank menerima pemohon pinjaman yang
berumur 18 tahun atau lebih)

* Warganegara Malaysia atau mempunyai status penduduk tetap (PR)

* Mempunyai akaun bank yang masih aktif

* Mempunyai pendapatan tetap/gaji atau bekerja sendiri

Kadar faedah rata

Pada asasnya, kadar faedah rata ialah faedah yang dikenakan ke atas peminjam (jumlah yang dipinjam) sepanjang tempoh pinjaman.

Walaupun pengiraannya agak mudah, peminjam selalunya tidak perasan
bahawa melalui pengiraan kadar faedah rata, faedah sentiasa dikenakan
berdasarkan jumlah pinjaman asal anda.

Oleh itu, tak kira berapa banyak jumlah yang telah anda bayar, anda
(peminjam) masih perlu bayar faedah penuh seperti yang dikira pada
permulaan pinjaman anda.

Satu contoh bagaimana kadar faedah rata dikira: katakan anda ambil
pinjaman sebanyak RM10,000 dengan kadar faedah yang rata sebanyak 10
peratus setahun.

Caj faedah akan menjadi RM1,000 setiap tahun sehingga keseluruhan
jumlah pinjaman diselesaikan atau dibayar balik (iaitu kadar faedah
sebanyak RM1,000 setiap tahun tanpa mengira baki pinjaman anda).

Yuran untuk pembayaran balik awal

Sesetengah pemberi pinjaman akan mengenakan penalti terhadap
peminjam yang ingin membayar sepenuhnya pinjaman peribadi mereka lebih
awal dari tempoh yang dipersetujui.

Ini kerana ia akan menyebabkan pemberi pinjaman gagal mendapat
kadar faedah penuh yang akan didapati jika peminjam meneruskan pinjaman
mengikut tempoh penuh.

Yuran pembayaran awal selalunya adalah peratusan (sekitar dua
peratus hingga tiga peratus) yang dikenakan ke atas baki pinjaman
tertunggak pada masa pembayaran balik penuh.

Caj pembayaran lewat

Jika anda gagal buat pembayaran balik pinjaman bulanan anda pada
masa yang ditetapkan, anda mungkin akan dikenakan yuran bayaran lewat.

Di samping itu, ada dua perkara yang mungkin berlaku. Pertama,
pemberi pinjaman ada hak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap
anda. Kedua, bank boleh memotong mana-mana baki kredit dari akaun bank
anda (dengan syarat ia adalah bank yang sama) untuk mengimbangi jumlah
yang anda terhutang dalam pinjaman anda.

Jika peminjam mendapatkan pinjaman bercagar, bank boleh menarik balik aset yang ditetapkan sebagai cagaran.

Anonymoushttp://www.blogger.com/profile/14728570194656778856noreply@blogger.com531tag:blogger.com,1999:blog-2963536332272916932.post-71046681442971186252014-04-26T15:40:00.000+08:002014-04-26T15:40:53.101+08:00Awas! Wanita Muda Berpotensi Diserang Kanser Serviks

Admin: Penulis hanya nak berpesan kepada kaum hawa supaya jangan ambil mudah tentang perkara ini. Walaupun kita merasakan diri masih muda dan tidak perlu melakukan rawatan awal, namun penyakit kanser yang boleh membawa maut ini boleh menyerang pada bila-bila masa tanpa mengira usia.

Jadi, jangan tunggu sampai esok, lakukan rawatan sekarang sebelum semuanya sudah terlambat.

Kajian di 19 negara mendapati wanita lebih gemar membeli-belah daripada melakukan pemeriksaan kesihatan

Pada Mac
lalu, seorang model berusia 19 tahun di United Kingdom (UK) menemui
ajal akibat barah serviks. Sebelum disahkan menghidap penyakit itu,
beliau pernah ditolak daripada menjalani ujian pap smear kerana doktor
mengatakan dirinya terlalu muda untuk mendapat barah serviks atau barah
pangkal rahim.

Sophie Jones, dari Eastham, berhampiran Liverpool, pada mulanya
dimaklumkan menghidapi Crohn's Disease apabila berjumpa doktor dan
mengadu sakit pada bahagian perut Februari 2013. Hanya, pada November
lalu, beliau disahkan menghidapi barah serviks selepas dimasukkan ke
hospital berikutan tahap kesihatannya yang bertambah buruk.

Kejadian itu bukan saja amat menyedihkan buat keluarga Sophie,
malah mereka kesal kerana mereka percaya, Sophie mungkin berpeluang
sembuh atau hidup lebih lama andai beliau dibenarkan menjalani ujian pap
smear dan barah yang dihidapi dapat dikesan lebih awal.

Sumber: Berita Harian

Anonymoushttp://www.blogger.com/profile/14728570194656778856noreply@blogger.com1tag:blogger.com,1999:blog-2963536332272916932.post-76927340011337473222014-04-26T15:18:00.001+08:002014-04-26T15:18:40.402+08:00Gara-Gara Bapa Cuai, Anak Kecil Terkunci Dalam Kereta

SEREMBAN - Tindakan seorang lelaki meninggalkan dua anak kecilnya
berusia 1 dan 3 tahun dalam kereta ketika berurusan di bank, nyaris
mengundang padah apabila kedua-duanya terperangkap dalam kenderaan itu
hampir sejam.

Kejadian kira-kira 8.40 pagi di hadapan sebuah bank dekat Garden Homes,
Seremban 2, di sini, berlaku selepas kenderaan pelbagai guna (MPV)
jenis Perodua Alza yang enjinnya masih hidup, terkunci dari dalam
menyebabkan anggota bomba dan penyelamat dipanggil bantu menyelamat.

Ketua Operasi, Pegawai Bomba Kanan II, Md Zin Salleh berkata, sebuah
jentera membabitkan enam anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat
Seremban 2 dikejarkan ke tempat kejadian selepas pihaknya menerima
panggilan kecemasan kira-kira 10 minit kemudian.

Setibanya di lokasi kejadian, katanya, bomba mendapati kedua-dua
kanak-kanak terbabit sedang leka bermain sesama sendiri, manakala
kenderaan milik mangsa sudah dikerumuni orang ramai.

“Kita cuba memanggil dan menarik perhatian kedua-duanya, lebih-lebih
lagi si abang supaya membuka kunci pintu dari dalam, tetapi tidak
berjaya berikutan kedua-duanya masih kecil dan belum memahami insiden
menimpa mereka.

“Cubaan kita membuka kesemua pintu guna dawai besi juga tidak berhasil
akibat dihalang sistem keselamatan pada MPV itu,” katanya kepada Sinar
Harian, semalam.

Md Zin berkata, keadaan itu memaksa si bapa pulang ke rumah di Taman
Bukit Galena, kira-kira 10 kilometer dari tempat kejadian dengan menaiki
van bomba untuk mengambil kunci pendua.

“Beberapa anggota juga pergi bersamanya untuk menghulurkan bantuan jika
diperlukan, memandangkan si bapa turut tertinggal kunci rumah dalam
kenderaan itu.

“Tindakan memecahkan tingkap merupakan jalan terakhir sekiranya keadaan
benar-benar mendesak, misalnya si bapa gagal menjumpai kunci pendua
atau kedua-dua anaknya mula tidak sedarkan diri akibat lemas,” katanya.

Menurutnya, masalah itu bagaimanapun dapat diselesaikan kira-kira 45
minit kemudian apabila si bapa datang kembali bersama kunci pendua.

“Pemeriksaan ringkas kita terhadap kedua-duanya mendapati masing-masing dalam keadaan sihat.

“Justeru, kita ingin mengingatkan ibu bapa agar tidak meninggalkan
anak-anak dalam kenderaan tanpa pengawasan orang dewasa, seperti berlaku
hari ini (semalam) bagi elakkan perkara tidak diingini,” katanya.

Sumber: Sinar Harian

Anonymoushttp://www.blogger.com/profile/14728570194656778856noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-2963536332272916932.post-24982705691887145452014-04-26T03:14:00.000+08:002014-04-26T03:14:52.514+08:00Takbur Antara Penyakit Hati Yang Perlu Diperangi

Perbaiki kualiti solat bagi menyedarkan betapa kerdil manusia di sisi Tuhan

Realiti
zaman ini, ramai manusia yang bersolat tetapi akhlak dan jiwa mereka
umpama manusia tidak beragama. Hanya takwa sebagai jalan penyelesaian
utama bagi masalah ini. Oleh itu, tingkatkanlah kualiti takwa dan iman
kepada Allah SWT dengan bersungguh-sungguh serta hati yang ikhlas.

Takbur adalah sifat mazmumah yang ada dalam hati manusia. Ia juga
dikenali sebagai sifat sombong yang banyak berjangkit kepada manusia di
zaman kini, tidak kira golongan yang jahil atau daripada kalangan cerdik
pandai, malah alim ulama sekalipun.

Firman Allah SWT yang bermaksud: “Sebenarnya, bahawa
Allah mengetahui akan apa yang mereka sembunyikan dan apa yang mereka
zahirkan; sesungguhnya Dia tidak suka kepada orang yang sombong takbur.”
(Surah an-Nahl, ayat 23)

Perlu diingatkan, takbur ibu bagi segala sifat mazmumah kerana
orang yang takbur akan merasakan dirinya lebih baik dan mulia berbanding
orang lain.

Diriwayatkan oleh Imam Muslim daripada Abdullah bin
Mas’ud, Rasulullah SAW bersabda: “Tidak masuk syurga orang yang ada di
dalam hatinya (sifat) takbur (walaupun) sebesar zarah. Lalu seorang
lelaki bertanya: (Bagaimana dengan) orang yang suka berpakaian dan
berkasut cantik? Maka jawab Baginda: Sesungguhnya Allah itu sifat-Nya
cantik, Dia suka kepada kecantikan. Adapun takbur ialah menolak
kebenaran dan merendahkan manusia lain.”

Tiga ciri orang takbur

Ulama
memberi penjelasan, ada tiga ciri utama orang yang takbur iaitu merasa
dirinya lebih baik. Orang takbur akan menganggap dirinya lebih baik,
mulia dan sempurna berbanding orang lain.

Kedua, menghina orang lain, pada masa sama dia memandang orang lain
adalah begitu hina, daif dan penuh dengan cacat cela. Ketiga, menolak
kebenaran kerana menganggap dirinya terlalu hebat.

Menurut Imam
al-Ghazali, takbur itu terbahagi kepada dua bentuk iaitu takbur dalam
urusan agama yang merangkumi takbur kerana ilmu dan amal, manakala yang
kedua adalah takbur dalam urusan dunia disebabkan keturunan, kecantikan,
kekuatan fizikal, kuasa dan kekayaan.

Mari kita ambil
pengajaran daripada kisah iblis yang enggan sujud hormat kepada Nabi
Adam disebabkan takbur. Iblis merasakan dirinya lebih mulia daripada
Nabi Adam kerana dia diciptakan daripada api sedangkan Adam daripada
tanah.

Lihat pula kisah Firaun yang berasa kagum dengan dirinya
kerana hidup dalam kesihatan yang baik dan kemewahan melimpah ruah.
Lantaran itu dia menganggap dirinya sebagai tuhan dan mula melakukan
kezaliman.

Mati dalam kufur

Begitu juga kisah ulama
besar pada zaman dahulu bernama Bal’am bin Ba’ura. Wujud sifat takbur
dengan ilmu dan amalannya, akhirnya dia sendiri dihina oleh Allah SWT
dan mati dalam keadaan kufur.

Banyak lagi kisah berkenaan orang
yang takbur dan akhirnya mendapat kehinaan, kemurkaan dan kebinasaan
oleh Allah SWT seperti kisah Haman, Qarun, Abu Lahab, Namrud serta
lain-lain.

Firman Allah SWT yang bermaksud: “Sebenarnya, bahawa
Allah mengetahui akan apa yang mereka sembunyikan dan apa yang mereka
zahirkan; sesungguhnya Dia tidak suka kepada orang yang sombong takbur.”
(Surah an-Nahl, ayat 23)

Ingatlah, Allah SWT mewajibkan kita
memerangi rasa takbur yang ada dalam diri kerana ia akan membawa
kerosakan yang amat dahsyat di dunia dan akhirat. Antara cara yang
berkesan melebur takbur adalah dengan solat.

Firman Allah SWT
yang bermaksud: “Bacalah serta ikutlah (wahai Muhammad) akan apa yang
diwahyukan kepadamu dari al-Quran dan dirikanlah sembahyang (dengan
tekun); sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari perbuatan yang keji
dan mungkar dan sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih besar
(faedahnya dan kesannya) dan (ingatlah) Allah mengetahui akan apa yang
kamu kerjakan.” (Surah al-‘Ankabut, ayat 45)

Hilang khusyuk dalam solat

Persoalannya, walaupun selama ini kita telah mendirikan solat namun
mengapa sifat takbur masih menebal dalam diri. Ia sebenarnya berpunca
kerana hilangnya khusyuk dalam solat. Solat yang khusyuk dapat memberi
kesan pada jiwa. Oleh itu kita perlu memperbaiki solat menjadi lebih
baik.

Solat adalah ikrar atau janji kita kepada Allah SWT bahawa
kita menyerah dan menghina diri kepada Allah SWT sebagai makhluk kerdil
ciptaan-Nya. Rukun dalam solat melambangkan betapa hebat dan Agungnya
Allah sebagai Tuhan dan hina serta daifnya kita sebagai hamba-Nya.

Muhasabah kembali adakah kita termasuk dalam golongan manusia yang
takbur? Adakah kerana kita memiliki ilmu agama, kita menganggap orang
lain semuanya salah, kita menolak sebarang nasihat, teguran dan menolak
salam persahabatan daripada orang dianggap kurang ilmu agamanya.

Orang yang takbur akan dibenci oleh Allah SWT dan manusia serta
mendapat azab seksaan yang berat di akhirat kelak. Kita wajib berusaha
bersungguh-sungguh untuk membuang sifat takbur yang ada dalam diri salah
satu dengan menjaga solat serta memperbaiki kualiti solat.

Anonymoushttp://www.blogger.com/profile/14728570194656778856noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-2963536332272916932.post-49545858042917536912013-01-02T23:25:00.001+08:002013-01-02T23:25:31.590+08:00Tiada Had Harga Pembelian Telefon Pintar Menggunakan Rebat RM200

KUALA LUMPUR - Jemaah Menteri telah bersetuju agar belia berumur 21
hingga 30 tahun berpendapatan RM3,000 ke bawah boleh membeli apa jua
jenis telefon pintar dengan rebat RM200 yang diumumkan kerajaan.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dalam satu
kenyataan di sini, berkata perkara itu diumumkan Menteri Penerangan
Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim selepas
mempengerusikan mesyuarat pasca kabinet kementerian tersebut hari ini.

Pemberian rebat RM200 itu dilaksanakan di bawah Pakej Komunikasi Belia
(PKB) selaras dengan ucapan Belanjawan 2013 yang diumumkan Perdana
Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada September lepas.

Menurut kenyataan itu, pelaksanaan skim tersebut ialah atas prinsip 'siapa cepat dia dapat'.

Tujuh syarikat telekomunikasi yang melaksanakan skim PKB di bawah
koordinasi SKMM adalah Celcom, Clixster, DiGi, Maxis, Tune Talk, U
Mobile dan YTL Communications.

SKMM memperjelaskan bahawa semua pihak yang terlibat dalam pelaksanaan
PKB sama ada penjual atau peruncit dikenakan syarat harga patut.

Dalam kenyataan terdahulu, SKMM memaklumkan hampir 5,500 belia yang
layak telah mendaftar untuk mendapatkan rebat itu selepas pendaftarannya
dibuka semalam.

SKMM turut menasihati para belia yang telah berdaftar untuk membuat
pilihan dengan bijak serta meninjau pasaran terlebih dahulu sebelum
membeli peranti pilihan berdasarkan tahap kemampuan masing-masing.

Pendaftaran di bawah PKB boleh dilakukan secara online dari pukul 7 pagi hingga 11 malam di laman sesawang komunikasibelia.skmm.gov.my.

Orang ramai boleh menghubungi hotline SKMM di 1800-88-4040 dari pukul
8.30 pagi hingga 5.30 petang, Isnin hingga Jumaat kecuali cuti umum jika
terdapat sebarang pertanyaan. - Bernama

Anonymoushttp://www.blogger.com/profile/14728570194656778856noreply@blogger.com1tag:blogger.com,1999:blog-2963536332272916932.post-15664313062770317872012-12-24T00:08:00.001+08:002012-12-24T00:08:23.839+08:00Pakai Seksi-Seksi Untuk Bos Pun Kena Pecat

Nasib lah di Malaysia belum pernah lagi berlaku perkara sebegini. Tak ada lagi yang kena pecat kerana berpenampilan seksi.

Terdapat segelintir bos pula tak sanggup memecat pekerjanya yang gemar berpakaian seksi di tempat kerja, kerana apa? Sendiri mahu ingat lah!

Adakalanya, wanita yang betundung litup di pejabat pun masih kelihatan seksi, tapi semua itu hanya pada pandangan lelaki yang berhidung belang sahaja.

Iowa: Mahkamah Iowa kelmarin membenarkan majikan di negeri itu memecat pekerja yang didapati terlalu mendedahkan anggota tubuh.

Dalam
keputusan sebulat suara, hakim menyokong tindakan seorang doktor gigi
memecat pembantunya selepas isterinya menganggap wanita itu menggugat
perkahwinan mereka.

Pembantu pergigian berkenaan, Melissa Nelson, bekerja untuk James
Knight selama lebih 10 tahun dan tidak pernah berfoya-foya dengannya
menyebabkan Nelson memfailkan saman.

Ketika perbicaraan, Knight mendedahkan, dia ada memberitahu
Nelson beberapa kali bahawa pakaiannya terlalu ketat, terlalu
mendedahkan dan mengganggunya.

Kemudian, pada 2009, mereka mula
bertukar-tukar mesej, kebanyakannya berkaitan kerja dan tidak
mencurigakan tetapi ada mesej yang agak keterlaluan termasuk pertanyaan
Knight berapa kerap Nelson mencapai klimaks. Nelson tidak menjawabnya.

Lewat
2009, isteri Knight mendapat tahu mengenai pertukaran mesej itu dan
menuntut suaminya memecat Nelson. Knight memecat Nelson awal 2010 - REUTERS

Anonymoushttp://www.blogger.com/profile/14728570194656778856noreply@blogger.com1tag:blogger.com,1999:blog-2963536332272916932.post-48048553049944946012012-12-18T01:40:00.000+08:002014-04-26T02:40:20.224+08:00Jihad Dalam Perkahwinan

Suami kena tunai hak keluarga, sabar layan kerenah isteri, anak

Objektif
utama perkahwinan dalam Islam adalah ketenangan dan kebahagiaan. ini
kerana dua insan berkenaan memenuhi fitrah kemanusiaan dengan menjalin
hubungan biologi, fizikal dan rohani bersama pasangan menurut kehendak
syarak.

Sabda Rasulullah SAW: “Nikah itu adalah sunnahku, dan sesiapa
yang membenci sunnahku bererti dia tidak termasuk dalam golonganku.
(Hadis riwayat Muslim).

Imam al-Ghazali pernah berkata: “Sebenarnya
perkahwinan itu mempunyai makna jihad dan di antara latihan jihad itu
adalah mengawal dan mentadbir, menunaikan hak-hak keluarga, bersabar
terhadap kerenah dan budi pekerti isterinya, memimpinnya ke jalan agama,
berjuang mencari rezeki yang halal untuk mereka di samping berusaha
mendidik anak-anak. Kesemua tugas itu adalah kerja dan tanggungjawab
besar.”

Dalam al-Quran, jalinan perkahwinan disebut Allah sebagai
mithaqan ghaliza yang bermaksud satu perjanjian yang sangat berat
tanggungjawabnya dan sangat kuat. Jelas di sini bahawa Allah dan
Rasul-Nya melarang umat Islam mempermain-mainkan persoalan nikah kahwin,
apatah lagi untuk dijadikan isu atau modal dalam senda gurauan.

Malah, Islam juga melarang pernikahan yang bersifat kontrak atau
sementara kerana ikatan pernikahan adalah suatu jalinan perhubungan di
antara lelaki dan wanita yang berlangsung sepanjang hayat, bukannya
untuk tempoh 15 minit, sebulan, empat bulan dan sebagainya.

Paling menarik ialah mereka yang sudah berkahwin akan diberkati Allah SWT dan diberikan kekayaan melalui limpah kurnia-Nya.

Allah SWT berfirman: “Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan
perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang salih dari
hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan
memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurnia-Nya kerana Allah
Maha Luas (rahmat-Nya dan limpah kurnia-Nya), lagi Maha Mengetahui.
(Surah al-Nur, ayat 32).

Di samping itu, pasangan yang sudah berkahwin bermakna
mereka menyempurnakan separuh daripada agamanya kerana memiliki
tanggungjawab keluarga, bukan sekadar tanggungjawab dirinya sendiri
seperti sebelumnya.

Rumah tangga dalam konteks ini adalah satu
komuniti terkecil dalam sebuah masyarakat yang memiliki fungsi penting
bagi kehidupan bersama. Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa yang bernikah,
maka sesungguhnya dia telah menyempurnakan separuh imannya. Oleh kerana
itu, dia hendaklah bertakwa kepada Allah dalam separuh yang berbaki
itu.” (Hadis riwayat Tabrani)

Sehubungan itu, Imam al-Ghazali
pernah berkata: “Sebenarnya perkahwinan itu mempunyai makna jihad dan di
antara latihan jihad itu adalah mengawal dan mentadbir, menunaikan
hak-hak keluarga, bersabar terhadap kerenah dan budi pekerti isterinya,
memimpinnya ke jalan agama, berjuang mencari rezeki yang halal untuk
mereka di samping berusaha mendidik anak-anak. Kesemua tugas itu adalah
kerja dan tanggungjawab besar.”

Namun, mengapa kadangkala
perkahwinan yang terjalin hanya mampu bertahan seumur jagung? Mengapa
pula kebahagiaan perkahwinan hanya sebatas pada resepsi perkahwinan
secara besar-besaran? Mengapa pula perbalahan dan pertengkaran kerap
mewarnai kehidupan rumah tangga?

Dalam hal ini, Rasulullah SAW
menjelaskan kepada kita empat kriteria yang menjadi sebab dan
kecenderungan terciptanya ikatan pernikahan serta memberi panduan kepada
umatnya supaya mengutamakan satu daripada empat kriteria itu.

Rasulullah SAW bersabda: Perempuan dinikahi kerana empat perkara:
hartanya, keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Maka pilihlah yang
memiliki pengetahuan agama yang baik, yang akan memberi keuntungan
kepadamu. (Hadis riwayat Muslim)"

Selanjutnya, campur tangan
pihak lain, terutama pihak mentua adalah antara punca keretakan rumah
tangga. Oleh itu, biarkanlah suami isteri yang melakukan penyesuaian dan
penyelesaiannya serta mengatasi masalah dengan caranya sendiri,
mengharungi suka dan duka, pahit dan manis nescaya mereka akan menemui
penyelesaian baru dalam memecahkan permasalahan yang ada.

Setiap pasangan hendaklah berusaha untuk saling mencintai dan
menyayangi, menghormati dan bertolak ansur, menjaga perasaan dan memuji,
serta sifat mulia lainnya dalam usaha mengekalkan kelangsungan bahtera
melayari ombak kehidupan yang membadai.

Demikianlah, matlamat
perkahwinan yang seharusnya berfungsi melahirkan kebahagiaan demi
kebahagiaan, bukannya kesedihan demi kesedihan kerana ia bererti
berjalan di atas fitrah kemanusiaan dan menjunjung perintah Allah.

Sumber: Berita Harian

Anonymoushttp://www.blogger.com/profile/14728570194656778856noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-2963536332272916932.post-5985144728994018132012-12-16T22:54:00.002+08:002014-04-26T02:40:42.292+08:00Wanita Bila Merokok Nampak Lebih Ayu?

Biar nampak janggal tapi ada style. Betul ke kenyataan di atas? Apa yang dapat kita perhatikan hari ini sudah semakin ramai golongan wanita mula berjinak-jinak dengan rokok. Kenapa ia berlaku?

Apa yang lebih memeranjatkan lagi, terdapat segelintir gadis remaja masa kini berani menghisap rokok di tempat terbuka tanpa sedikit pun merasa segan dan malu.

Sesetegah pendapat mengatakan bahawa fenomina orang perempuan merokok ini adalah perkara biasa dan tidak perlu dipedulikan sangat, tetapi bagi kita sebagai orang Islam dan Melayu sudah tentu mengaggap perbuatan tersebut amat tidak sesuai diamalkan oleh kaum wanita, apatah lagi sebagai seorang muslimah.

Biarpun tahu akan bahaya serta risikonya apabila menghisap rokok, namun semua itu tidak menjadi halangan kepada mereka untuk terus merokok. Faktor persekitaran serta gaya hidup bebas menjadi penyubang utama betambahnya kaum wanita terjebak dengan rokok. Ingat nak cuba-cuba saja..tapi bila dah kena memang syok!

Alberta: Wanita yang merokok walaupun sebatang sehari berisiko tinggi
meninggal dunia secara tiba-tiba akibat serangan jantung dan masalah
berkaitan jantung, kata penyelidik.

Risiko itu dua kali ganda berbanding wanita yang tidak merokok, dan
lebih tinggi bagi perokok yang sudah lama mengamalkan tabiat buruk itu.

Satu kajian baru menunjukkan perokok wanita berdepan bahaya jantung
lebih tinggi berbanding yang disangka sebelum ini, walaupun mereka
kelihatan sihat.
Namun ancaman itu boleh dikurangkan dalam masa lima tahun jika mereka
berhenti merokok, kata penyelidik Kanada.

Ketua penulis kajian, Roopinder Sandhu, yang juga pakar
elektrofisiologi kardiak di Institut Jantung Mazankowski, Universiti
Alberta, berkata: “Kematian kardiak tiba-tiba selalunya menjadi petanda
pertama sakit jantung dalam kalangan wanita, jadi, perubahan gaya hidup
yang mengurangkan risiko amat penting. – Agensi

Anonymoushttp://www.blogger.com/profile/14728570194656778856noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-2963536332272916932.post-87546474608961563352012-12-14T00:07:00.000+08:002014-04-26T02:40:57.482+08:00Kekang Nafsu, Kawal Perasaan Dan Jangan Cepat Marah

Sabar, maafkan kesalahan cara terbaik elak permusuhan

Sesiapa
saja yang mengalami gangguan emosi akan mudah menjadi marah walaupun
kepada perkara remah. Gurauan dan usikan pun boleh mengundang padah jika
tidak kena pada masanya, apatah lagi jika ada yang mencurah minyak ke
atas bara masih menyala, tentulah apinya menjulang lagi tinggi.

Perasaan marah bukan perkara luar biasa kepada manusia. Dalam
dunia penuh cabaran seperti hari ini, setiap insan mendepani pelbagai
ujian hidup yang kadangkala perit untuk ditanggung. Pancaroba datang
dalam pelbagai bentuk.

"Sesungguhnya marah itu daripada syaitan dan
syaitan itu diciptakan daripada api dan sesungguhnya api itu terpadam
dengan air, maka apabila salah seorang dari kamu marah, maka hendaklah
ia berwuduk" Riwayat Abu Daud

Jika kita tidak menyedari setiap ujian yang datang itu
adalah untuk menguji keimanan seseorang hamba, sudah tentulah kita tidak
reda dan pasrah dengan kesulitan yang dialami. Itulah akhirnya yang
menyebabkan rasa marah menguasai diri mengatasi yang lainnya.

Fitrah manusia

Kita perlu akur bahawa sifat marah memang wujud dalam diri setiap
manusia, tetapi ia disediakan sebegitu rupa untuk dimanfaatkan pada masa
yang sepatutnya, dengan penuh hikmah dan bijaksana, bukannya penuh
nafsu atau membabi buta.

Kepada orang yang beriman, rasa marah
boleh dileraikan dengan kesabaran dan itulah yang menjadi perisai dalam
menghadapi dugaan, bahkan itulah yang menjadikannya reda terhadap
takdir Ilahi. Setiap yang terjadi adalah mengikut perancangan Allah SWT
dengan usaha makhluk-Nya.

Orang yang beriman juga tahu marah adalah sifat yang amat
dibenci oleh Allah SWT sehinggakan Rasulullah SAW pun berkali-kali
menyatakannya.

Sabda Baginda SAW: “Dari Abu Hurairah
bahawasanya ada seorang lelaki telah berkata kepada Nabi Muhammad SAW:
Berpesanlah kepadaku. Lalu Baginda Rasulullah SAW bersabda: Jangan
marah. Orang itu mengulangi lagi beberapa kali minta Rasulullah SAW
memberinya pesanan, tetapi Baginda masih tetap bersabda: Jangan marah.”
(Riwayat al-Bukhari)

Punca permusuhan

Walaupun
sifat marah memang ada dalam diri setiap makhluk, tetapi sebaik-baiknya
ia dielakkan kerana marah boleh menimbulkan permusuhan dan kemudaratan,
bukan saja kepada orang lain tetapi diri sendiri.

Lebih buruk
lagi jika sifat marah menyebabkan kesusahan kepada masyarakat seluruhnya
dan membiakkan dendam yang tidak berkesudahan. Ajaran agama supaya
sesiapa yang merasa marah mengambil wuduk untuk menenangkan diri
perlulah diamalkan setiap masa.

Malah itulah yang memudahkan huluran maaf, yang akhirnya menyambungkan kembali silaturahim sesama insan.

Rasulullah SAW bersabda: “Daripada ‘Atiah ia berkata, Rasulullah SAW
bersabda: Sesungguhnya marah itu daripada syaitan dan syaitan itu
diciptakan daripada api dan sesungguhnya api itu terpadam dengan air,
maka apabila salah seorang dari kamu marah, maka hendaklah ia berwuduk.”
(Riwayat Abu Daud)

Atasi kemarahan

Sememangnya
perbuatan zalim seperti pembunuhan, rompakan, sumbang mahram dan
sebagainya yang dilakukan kepada seseorang boleh menyebabkan kemarahan
bukan saja orang yang menjadi mangsa tetapi juga orang di sekeliling
yang melihat kejahatan itu dilakukan.

Bukan saja yang boleh
dilihat dengan mata kasar, ada kalanya kezaliman berbentuk fitnah yang
memecahbelahkan umat Islam, serta boleh menghancurkan kesucian agama.
Sudah tentulah keadaan ini menyebabkan rasa marah.

Tetapi
seperti yang dirakamkan dalam al-Quran, yang lebih baik adalah memaafkan
perbuatan itu kerana itulah yang kekal dalam pertimbangan Allah SWT
terhadap orang yang menjauhi dosa besar serta perbuatan keji.

Jangan pula kejahatan dibalas dengan kezaliman dan fitnah dibalas
tohmahan. Dalam syariat juga kemaafan ada meritnya dalam melonggarkan
hukuman jika ia diberikan kepada pesalah, seperti Qasas.

Allah
SWT berfirman: “Dan juga lebih baik dan lebih kekal bagi orang yang
menjauhi dosa-dosa besar serta perbuatan yang keji dan apabila mereka
marah disebabkan perbuatan yang tidak patut terhadap mereka, mereka
memaafkannya.” (Surah Asy-Syura, ayat 37)

Orang yang terdidik
untuk mengawal sifat marah boleh menjauhi dengki dan dendam, buruk
sangka, berperasaan buruk terhadap orang lain, bertindak mengikut nafsu
dan sabar dengan ujian-Nya.

Sifat sopan, lemah lembut,
berkasih sayang, mesra dan pemaaf seperti yang diajar oleh Rasulullah
SAW perlu dijadikan panduan serta ikutan umat Islam kerana selain
menjauhi sifat marah ia juga adalah jalan ke syurga.

Rasulullah SAW bersabda: “Daripada Abi Ad-Darda, ia berkata, wahai
Rasulullah SAW, tunjukkanlah saya sesuatu amalan yang boleh menyebabkan
saya dapat masuk syurga. Rasulullah SAW bersabda: Jangan marah nescaya
engkau akan dapat masuk syurga.” (Riwayat At-Tabarani)

Memaafkan orang lain

Ingatan supaya meminimumkan rasa marah, mudah memaafkan kesilapan dan
kesalahan orang lain perlu dihayati setiap masa serta ketika, bukan
sewaktu kita sedar yang kita tidak mampu melawan takdir saja.

Jika rasa marah yang mengatasi kesabaran, kita jadikan janji Allah SWT dan nasihat Rasulullah SAW sebagai pengubat hati.

Islam menggariskan cara hidup yang harmoni, aman damai, bersatu padu
serta berkasih sayang sepanjang masa, termasuklah kepada binatang dan
tumbuh-tumbuhan.

Demi memelihara maruah dan prinsip agama, perlu
sentiasa beringat, jika marah menyebabkan perpecahan, permusuhan dan
menghancurkan silaturahim umat Islam maka buanglah rasa marah itu
jauh-jauh walaupun sukar supaya kita menjadi umat yang lebih baik.

Sumber: Berita Harian

Anonymoushttp://www.blogger.com/profile/14728570194656778856noreply@blogger.com0