Di sini kami bermula..


Sekolah Menengah Kebangsaan LKTP Belitong telah ditubuhkan pada 1 Disember 1994. Sebelum sekolah ini didirikan, pelajar-pelajar sekolah menengah di kawasan ini terpaksa belajar ke Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Tenggara, Kulai yang mana jaraknya kira-kira 30 kilometer dari kawasan ini.

Ketika awal penubuhannya, sekolah ini hanya menampung 8 buah kelas bagi pelajar-pelajar tingkatan satu dengan bilangan pelajar seramai 270 orang. Pada bulan berikutnya, 5 buah kelas dibuka untuk menampung 210 orang pelajar yang didatangkan dari SMK Bandar Tenggara. Pada awal tahun 1996, seramai 110 orang pelajar diterima dari SMK Bandar Tenggara untuk ditempatkan dalam tingkatan empat. Selain itu pada masa yang sama juga seramai 300 orang pelajar baru tingkatan satu dimasukkan ke sekolah ini dari SK. Ulu Penggeli dan SK. Belitong. Pada Januari 1996, jumlah pelajar sekolah ini ialah seramai 905 orang yang dididik oleh 42 orang guru. Pada akhir tahun 1997, jumlah pelajar meningkat kepada 1,320 orang dengan guru seramai 57 orang. Bilangan pelajar dan guru bertambah lagi pada Oktober 1998 iaitu seramai 1,423 pelajar dan 71 orang guru. Pada tahun 1999 bilangan pelajarnya meningkat kepada 1,517 orang dan gurunya pula seramai 72 orang. Kini, pada tahun 2002 pelajarnya seramai 1,448 orang, tenaga pengajarnya seramai 81 orang dan kakitangan bukan guru seramai 10 orang.

Sebahagian besar pelajar sekolah ini datangnya dan tiga kawasan penempatan Felda iaitu Felda Ulu Belitong, Felda Bukit Tongkat dan Felda Ulu Penggeli yang terletak kira-kira 4 kilometer dari sekolah ini.

Selain itu, pelajar-pelajar juga terdiri daripada anak kakitangan Felda, anak pekerja-pekerja ladang berhampiran dan pelajar dari kawasan perumahan Taman Sri Lambak (Bandar T6) yang jaraknya kira-kira 12 km dari sekolah ini. Kini SMK Bandar T6 telah dibuka (1.3.2002) dan pelajar dari taman tersebut telah pun memulakan sesi persekolahan di sana.

0 Response to "Di sini kami bermula.."

Catat Ulasan