Awas...Makanan Tinggi Kalori


Jom baca sekejap fakta tentang makanan tinggi kalori yang rata-ratanya menjadi kegemaran kita dan juga anak-anak. Rasanya tak ramai yang cuba mengelak pengambilannya sekarang kan. Ohhh...baru je semalam makan burger n fries kat McD.

Makanan tinggi kalori sebenarnya hanya untuk kanak-kanak yang menghidapi masalah pemakanan. Mereka ini selalunya tidak mampu makan dalam kuantiti yang banyak. Jadi, pengambilan makanan tinggi kalori penyelesaiannya.

Keadaan ini nyata berbeza dengan kanak-kanak normal. Mereka tidak perlukan makanan tinggi kalori. Jadi, bukanlah sesuatu yang pelik jika ramai ibu bapa sering mengelakkan memberi anak makan yang tinggi kalori agar tidak obes. Hal ini kerana makanan tinggi kalori biasanya mengandungi kadar lemak dan gula yang berlebihan.
Di sekeliling kita ada tujuh makanan biasa diambil oleh anak yang perlu dikurangkan pengambilannya :

1. Nuget Ayam

Semua kanak-kanak kenal nuget dan ramai di kalangan mereka gemarkan nuget. Tapi, tahukah anda bahawa kebanyakan nuget diperbuat daripada isi ayam yang dikisar halus bersama kulit dan lemaknya. Pada masa yang sama, garam dan bahan perasa turut ditambah untuk membangkitkan kelazatannya. Makanan ini tambah tinggi kalorinya berdasarkan cara penyediaannya iaitu dengan menggunakan minyak yang banyak ketika menggoreng. Pertambahan kalori juga boleh bertambah selepas itu jika dimakan bersama mayones.

2. Bijirin Bergula

Di pasaran sekarang terdapat bijirin sarapan pagi yang sudah siap ditambah gula dan perisa. Bijirin inilah yang sering mendapat perhatian kanak-kanak kerana rasanya yang manis. Untuk memastikan anak mendapat sarapan pagi yang ringkas, menyihatkan dan berkhasiat, anda perlulah memilih bijirin yang diperbuat daripada gandum. Bagi membangkit rasa bijirin, tambahkan dengan hirisan buah-buahan segar seperti pisang, strawberi dan kiwi.

3. Sosej Dan Burger

Bukan sahaja kanak-kanak, orang dewasa pun sukakan sosej dan burger. Tapi tahukah anda bahawa pengambilan terlalu banyak daging merah boleh menyebabkan seseorang itu diserang pelbagai jenis penyakit yang berbahaya kerana tingginya kandungan lemak dan natrium di dalamnya. Kajian di Los Angeles mendapati bahawa kanak-kanak yang makan 12 hidangan hotdog setiap bulan berisiko mendapat penyakit leukemia.

4. Minuman Manis

Menghidangkan anak minuman yang tinggi kandungan gulanya seperti minuman berkarbonat bukanlah satu langkah yang bijak. Gula yang berlebihan bukan sahaja boleh menyebabkan obesiti tetapi juga merupakan agen kerosakan gigi. Pilihan terbaik untuk anak anda ialah air kosong selain daripada susu segar. Selain itu, anda boleh juga memberi anak minum jus buah-buahan buatan sendiri.

5. Kentang Goreng

Kentang goreng seakan makanan wajib jika ke restoran makanan segera. Tabiat ini kemudiannya terbawa-bawa hingga ke rumah. Kentang goreng dijadikan santapan keluarga ketika minum petang. Makan bersama seisi keluarga memang amalan yang baik. Tetapi makan makanan yang tinggi kandungan lemaknya, tinggi kalori dan tinggi natrium bukanlah pilihan yang bijak. Lebih memburukkan keadaan apabila kentang tersebut digoreng menggunakan minyak yang banyak. Jadi, bertukarlah kepada menu yang lebih berkhasiat seperti sandwic atau kek cawan lobak merah.

SUMBER

0 Response to "Awas...Makanan Tinggi Kalori"

Catat Ulasan