Adakah anda seorang yang tiada motivasi?
Adakah anda seorang yang sukar mendapat ketenangan hati? Adakah anda seorang yang sukar untuk bertaubat atas dosa-dosa anda?
Anda selalu berasa gelisah dan stress?
Anda selalu malas untuk beribadah?
Tahukah anda, ada satu rahsia paling mujarab untuk anda tingkatkan motivasi dan dapatkan ketenangan hati?
Sekaligus mengelakkan rasa stress dan rasa malas?
Apakah rahsia itu? Adakah ianya benar-benar berkesan? Saya kongsikan dengan anda.
Rahsianya ialah ;
MEMPERBANYAKKAN MENGINGATI MATI
Ketahuilah bahawa, barangsiapa memperbanyakkan mengingati kematian, maka dia akan dikurniakan tiga perkara :
(1) bersegera untuk bertaubat
(2) ketenangan dan ketenteraman hati
(3) motivasi untuk beribadah.
Sebaliknya, barangsiapa yang melupakan kematian, maka dia akan dihukum dengan tiga perkara :
(1) menagguh-nangguh taubat
(2) kegelisahan dan stress
(3) rasa malas untuk beribadah
Ketahuilah bahawa sesungguhnya orang yang paling bijak ialah yang selalu mngingati kematian dan paling bersedia mnghadapinya.
Antara hikmah-hikmah lain mengingati mati ialah ;
- kurangnya angan-angan
- zuhud (tidak mementingkan) dunia
- qanaah atau memandai dengan yang sedikit
- cinta yang mendalam kepada akhirat
- sentiasa memperbanyakkan bekal dengan amalan soleh
Jadi, marilah kita sentiasa INGAT MATI kerana ianya adalah satu motivasi terbaik untuk kita. Ingatlah MATI kerana MATI itu PASTI.
Sama-samat melipatgandakan ibadah, banyakkan membaca al-Quran, banyakkan berzikir, selalu ber qiamullail, iktiqaf di masjid, banyakkan bersedekah, kurangkan percakapan yang sia-sia, lupakan tv/radio/hiburan buat seketika, banyakkan bermuhasabah diri, mudah mudahan kita termasuk dalam golongan orang-orang yang bertaqwa.
InsyaAllah aamiinn.
Sumbangan Artikel Dari:
0 Response to "Ingat Mati..Rahsia Paling Mujarab Untuk Tingkatkan Motivasi"
Catat Ulasan