Kehidupan antara dua insan bernama lelaki dan wanita adalah berbeza. Walau pun saling memerlukan antara satu sama lain, ironinya mereka mempunyai keegoan tersendiri. Dan tidak disangka, ada kalanya ironi kehidupan mereka akan bersangkut-paut dan ada kesinambunga.Begitulah hakikatnya! Tak Percaya Perhatikan perkaitan di bawah dan mungkin anda akan terfikir...''Ooo,betul juga ya!''
LELAKI
1.Hampir semua lelaki benar-benar sibuk dalam kegiatan harian mereka.
2.Walau pun sibuk, mereka masih ada masa untuk bersama wanita kesayangannya.
3.Walau pun mereka ada masa bersama dengan wanita kesayangannya, namun mereka sebenarnya mereka bukanlah mahu mengambil berat sepenuhnya tentang wanita tersebut.
4.Walau pun bukannya mengambil berat sepenuhnya, namun mereka tetap mahu berusaha bersama wanita kesayangannya.
5.Walaupun sudah berpunya, ada kalanya mereka masih mahu mencuba nasib memikat wanita lain.
6.Walau pun sengaja mahu mencuba nasib memikat wanita lain, hakikatnya mereka tidak akan mampu menerima kenyataan andai mereka di tinggalkan.
7.Walau pun mereka ditinggalkan wanita, namun tidak sedikit pun memberikan pengajaran kepada mereka.
Dan ironi ini akan berulang sehinggalah mereka menemui cinta sejati.
WANITA
1.Perkara yang paling penting dalamkehidupan seorang wanita ialah tahap kedudukan kewangannya.
2.Walau pun ia benar-benar penting,mereka masih keluar membeli-belah tanpa memikrkan kedudukan kewangan mereka.
3.Walau pun membeli pakaian mahal dan berjenama, mereka seringkebuntuan dalam memilih pakaian yang ingin dipakai.
4.Walau pun mempunya koleksi baju yang banyak, mereka tetap memilh pakaian kegemaran yang sama setiap kali menghadiri majlis acara yang penting.
5.Walau pun sudah bersolek sakan,mereka masih terasa kurang menawan.
6.Walau pun anda tidak memperkatakan apa-apa tentang cara pemakaian mereka, namun mereka pasti mahu anda memberi komen.
7.Walau pun mereka mahukan komen anda tentang penampilan mereka,apabila anda berbuat demikian, pasti mereka tidak akan mempercayai anda.Dah kata cantik pun, pasti mereka akan menganggap anda berpura-pura memuji..
AWAS! jangan sesekali mengkritik tentang penampilan mereka..
0 Response to "Ironi Antara Wanita Dan Juga Lelaki"
Catat Ulasan