Biar nampak janggal tapi ada style. Betul ke kenyataan di atas? Apa yang dapat kita perhatikan hari ini sudah semakin ramai golongan wanita mula berjinak-jinak dengan rokok. Kenapa ia berlaku?
Apa yang lebih memeranjatkan lagi, terdapat segelintir gadis remaja masa kini berani menghisap rokok di tempat terbuka tanpa sedikit pun merasa segan dan malu.
Sesetegah pendapat mengatakan bahawa fenomina orang perempuan merokok ini adalah perkara biasa dan tidak perlu dipedulikan sangat, tetapi bagi kita sebagai orang Islam dan Melayu sudah tentu mengaggap perbuatan tersebut amat tidak sesuai diamalkan oleh kaum wanita, apatah lagi sebagai seorang muslimah.
Biarpun tahu akan bahaya serta risikonya apabila menghisap rokok, namun semua itu tidak menjadi halangan kepada mereka untuk terus merokok. Faktor persekitaran serta gaya hidup bebas menjadi penyubang utama betambahnya kaum wanita terjebak dengan rokok. Ingat nak cuba-cuba saja..tapi bila dah kena memang syok!
Alberta: Wanita yang merokok walaupun sebatang sehari berisiko tinggi
meninggal dunia secara tiba-tiba akibat serangan jantung dan masalah
berkaitan jantung, kata penyelidik.
Risiko itu dua kali ganda berbanding wanita yang tidak merokok, dan lebih tinggi bagi perokok yang sudah lama mengamalkan tabiat buruk itu.
Risiko itu dua kali ganda berbanding wanita yang tidak merokok, dan lebih tinggi bagi perokok yang sudah lama mengamalkan tabiat buruk itu.
Satu kajian baru menunjukkan perokok wanita berdepan bahaya jantung
lebih tinggi berbanding yang disangka sebelum ini, walaupun mereka
kelihatan sihat.
Namun ancaman itu boleh dikurangkan dalam masa lima tahun jika mereka
berhenti merokok, kata penyelidik Kanada.
Ketua penulis kajian, Roopinder Sandhu, yang juga pakar
elektrofisiologi kardiak di Institut Jantung Mazankowski, Universiti
Alberta, berkata: “Kematian kardiak tiba-tiba selalunya menjadi petanda
pertama sakit jantung dalam kalangan wanita, jadi, perubahan gaya hidup
yang mengurangkan risiko amat penting. – Agensi
0 Response to "Wanita Bila Merokok Nampak Lebih Ayu?"
Catat Ulasan