Foto: Warga Alumni Anjur Program Ceramah Kerjaya di SMK LKTP Belitong

Admin: Mungkin ramai yang tidak tahu atau tidak ingat bila program ceramah kerjaya ini berlaku. Kalau tidak silap admin program tersebut dijayakan pada akhir tahun 2012 di Sekolah Menengah Kebangsaan LKTP Belitong.

Yang menariknya tentang program kerjaya ini ialah bukan disebabkan Cikgu Matematiknya yang cantik tapi program ini telah dikelolakan oleh salah seorang dari warga Alumni SMK Belitong sendiri iaitu saudara Muhammad Rizal Masruddin.

Walau sudah hampir dua tahun program ini berlalu, masih belum terlambat untuk kita mengucapkan tahniah kepada anak muda ini. Admin berharap, usaha murni ini dapat memberi inspirasi kepada warga Alumni SMK Belitong yang lain untuk menyumbang khidmat bakti pada sekolah yang kita cintai.

program-kerjaya-smkbelitong

program-kerjaya-smkbelitong

program-kerjaya-smkbelitong

Sumber Foto: Alumni SMK Belitong FB Group

0 Response to "Foto: Warga Alumni Anjur Program Ceramah Kerjaya di SMK LKTP Belitong"

Catat Ulasan