Ibu Bapa Mula Bosan Bila Anak Kecil Kemaruk Nyanyi Lagu 'Let It Go'

frozen-let-it-go

Pengarah filem animasi Frozen memohon maaf kepada ibu bapa di seluruh dunia yang berasa bosan dengan anak-anak mereka yang sering menyanyikan lagu tema filem itu, 'Let It Go'.

Jennifer Lee membuat permohonan maaf itu kepada ibu bapa yang tidak dapat menghentikan kesukaan anak-anak mereka yang terus menyanyikan lagu berkenaan.

Beliau yang memberitahu berita hiburan Hollywood Reporter: "Setahun lalu saya berjumpa dengan mereka yang mengetahui siapa saya, dan mereka berkata 'Oh, kami sukakan lagu itu. Kami menyanyikannya sepanjang masa'. Sekarang mereka pula berkata, 'Ye, kami masih mendengar lagu itu'."

"Dari ungkapan 'Terima Kasih'... saya sekarang perlu berkata 'Maaf!"

Lagu 'Let It Go' bukan sahaja dinyanyikan kebanyakan kanak-kanak di seluruh dunia, bahkan turut dinyanyikan oleh seorang pengantin lelaki kepada pengantin perempuannya dalam satu majlis perkahwinan.

Malah segelintir ibu bapa turut terhibur menyanyikan lagu tersebut, seperti bapa yang menyanyikannya secara duet bersama anak perempuannya di dalam kereta.

Kegilaan filem Frozen nampaknya tidak berakhir dalam waktu terdekat apabila kanak-kanak lebih teruja melihat Elsa, watak utama filem itu berbanding Kate Middleton.

Permainan bertemakan Frozen untuk hadiah Hari Krismas turut laris dijual.

Lagu 'Let It Go' dinyanyikan oleh Idina Menzel, yang membawakan watak puteri salji Elsa, dan memenangi anugerah Oscar untuk 'Lagu Original Terbaik'.

Ia juga menduduki carta nombor satu di Korea Selatan dan mendapat pengiktirafan Platinum di Australia, Kanada, Jepun, United Kingdom dan Amerika Syarikat.

0 Response to "Ibu Bapa Mula Bosan Bila Anak Kecil Kemaruk Nyanyi Lagu 'Let It Go'"

Catat Ulasan