Pakai Seksi-Seksi Untuk Bos Pun Kena Pecat


Nasib lah di Malaysia belum pernah lagi berlaku perkara sebegini. Tak ada lagi yang kena pecat kerana berpenampilan seksi.

Terdapat segelintir bos pula tak sanggup memecat pekerjanya yang gemar berpakaian seksi di tempat kerja, kerana apa? Sendiri mahu ingat lah!

Adakalanya, wanita yang betundung litup di pejabat pun masih kelihatan seksi, tapi semua itu hanya pada pandangan lelaki yang berhidung belang sahaja.

Iowa: Mahkamah Iowa kelmarin membenarkan majikan di negeri itu memecat pekerja yang didapati terlalu mendedahkan anggota tubuh.

Dalam keputusan sebulat suara, hakim menyokong tindakan seorang doktor gigi memecat pembantunya selepas isterinya menganggap wanita itu menggugat perkahwinan mereka.
Pembantu pergigian berkenaan, Melissa Nelson, bekerja untuk James Knight selama lebih 10 tahun dan tidak pernah berfoya-foya dengannya menyebabkan Nelson memfailkan saman.

Ketika perbicaraan, Knight mendedahkan, dia ada memberitahu Nelson beberapa kali bahawa pakaiannya terlalu ketat, terlalu mendedahkan dan mengganggunya.

Kemudian, pada 2009, mereka mula bertukar-tukar mesej, kebanyakannya berkaitan kerja dan tidak mencurigakan tetapi ada mesej yang agak keterlaluan termasuk pertanyaan Knight berapa kerap Nelson mencapai klimaks. Nelson tidak menjawabnya.

Lewat 2009, isteri Knight mendapat tahu mengenai pertukaran mesej itu dan menuntut suaminya memecat Nelson. Knight memecat Nelson awal 2010 - REUTERS

1 Response to "Pakai Seksi-Seksi Untuk Bos Pun Kena Pecat"

  1. Hari yang baik,
    Adakah anda sedang mencari pinjaman, mencari pinjaman korporat, peribadi
    pinjaman, pinjaman rumah, pinjaman kereta, pinjaman pelajar, pinjaman penyatuan,
    pinjaman tidak bercagar, modal teroka dll. Adakah anda pinjaman bank atau kewangan
    penolakan untuk satu atau lebih sebab. Anda berada di tempat yang betul untuk mendapatkan
    penyelesaian pinjaman! Saya seorang pemberi pinjaman peribadi, saya memberi pinjaman kepada syarikat dan
    individu yang mempunyai kadar faedah yang rendah dan kadar faedah yang rendah sebanyak 2%.
    Hubungi kami melalui e-mel: albakerloanfirm@gmail.com

    BalasPadam