KUALA LUMPUR - Jemaah Menteri telah bersetuju agar belia berumur 21 hingga 30 tahun berpendapatan RM3,000 ke bawah boleh membeli apa jua jenis telefon pintar dengan rebat RM200 yang diumumkan kerajaan.
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dalam satu kenyataan di sini, berkata perkara itu diumumkan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim selepas mempengerusikan mesyuarat pasca kabinet kementerian tersebut hari ini.
Pemberian rebat RM200 itu dilaksanakan di bawah Pakej Komunikasi Belia (PKB) selaras dengan ucapan Belanjawan 2013 yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada September lepas.
Menurut kenyataan itu, pelaksanaan skim tersebut ialah atas prinsip 'siapa cepat dia dapat'.
Tujuh syarikat telekomunikasi yang melaksanakan skim PKB di bawah
koordinasi SKMM adalah Celcom, Clixster, DiGi, Maxis, Tune Talk, U
Mobile dan YTL Communications.
SKMM memperjelaskan bahawa semua pihak yang terlibat dalam pelaksanaan
PKB sama ada penjual atau peruncit dikenakan syarat harga patut.
Dalam kenyataan terdahulu, SKMM memaklumkan hampir 5,500 belia yang
layak telah mendaftar untuk mendapatkan rebat itu selepas pendaftarannya
dibuka semalam.
SKMM turut menasihati para belia yang telah berdaftar untuk membuat
pilihan dengan bijak serta meninjau pasaran terlebih dahulu sebelum
membeli peranti pilihan berdasarkan tahap kemampuan masing-masing.
Pendaftaran di bawah PKB boleh dilakukan secara online dari pukul 7 pagi hingga 11 malam di laman sesawang komunikasibelia.skmm.gov.my.
Orang ramai boleh menghubungi hotline SKMM di 1800-88-4040 dari pukul 8.30 pagi hingga 5.30 petang, Isnin hingga Jumaat kecuali cuti umum jika terdapat sebarang pertanyaan. - Bernama
Orang ramai boleh menghubungi hotline SKMM di 1800-88-4040 dari pukul 8.30 pagi hingga 5.30 petang, Isnin hingga Jumaat kecuali cuti umum jika terdapat sebarang pertanyaan. - Bernama
Hari yang baik,
BalasPadamAdakah anda sedang mencari pinjaman, mencari pinjaman korporat, peribadi
pinjaman, pinjaman rumah, pinjaman kereta, pinjaman pelajar, pinjaman penyatuan,
pinjaman tidak bercagar, modal teroka dll. Adakah anda pinjaman bank atau kewangan
penolakan untuk satu atau lebih sebab. Anda berada di tempat yang betul untuk mendapatkan
penyelesaian pinjaman! Saya seorang pemberi pinjaman peribadi, saya memberi pinjaman kepada syarikat dan
individu yang mempunyai kadar faedah yang rendah dan kadar faedah yang rendah sebanyak 2%.
Hubungi kami melalui e-mel: albakerloanfirm@gmail.com